Orang kata kesakitan itu datang dan pergi. Hilang dan lenyap mengekori masa.
Masa pula adalah ukuran manusia untuk kesempatan melakukan aktiviti norma atau tidak norma manusia. Masa juga ukuran manusia dengan kebosanan menunggu. Dalam erti kata naif pemikirian sosial.
Kesakitan, resah. gelisah, sedih, cemburu juga datang.
Namun masih belum pergi. Ianya datang semenjak kau pergi. Aku pasti kesakitan, resah. gelisah, sedih, cemburu tadi akan pergi dengan sekembalinya dia pada aku.
Dan untuk kepulangan itu, masih panjang ceritanya aku rasakan. Masih banyak untuk aku risaukan.
Dan dalam keadaan ini. Masih banyak untuk aku siapkan.
Pastinya aku akan menghabiskan kesemuanya dalam masa yang aku anggap ukuran detik sosial manusia.
No comments:
Post a Comment